TH Travel & Services Sdn Bhd

TH Travel & Services Sdn Bhd THTS adalah anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji TH yang diperbadankan pada 9 September 1972 berdasarkan kepada Akta Syarikat 1965. Modal berbayar dan dibenar adalah RM5 juta. Ibu Pejabat THTS terletak di Aras 25 Menara TH Selborn Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. THTS juga mempunyai beberapa Pejabat Wilayah dan Mini.

MATLAMAT PENUBUHAN

  • Menyelaras penyewaan pesawat pengangkutan jemaah haji ke Tanah Suci bagi pihak TH.
  • Mengendalikan pemergian jemaah haji melalui perkhidmatan pakej haji.
  • Mengendalikan pemergian jemaah umrah.

SKOP PERNIAGAAN 

  • Pakej Haji
  • Pakej Umrah
  • Pakej Pelancongan
  • Sewaan penerbangan haji
  • Tiket kapalterbang
  • Katering haji
  • Kargo

VISI

Peneraju Dalam Pengembaraan & Pelancongan Secara Islam

MISI

  • Pembangunan Produk Membangun dan menyediakan produk berkualiti
  • Kualiti Menyediakan perkhidmatan yang efisyen responsif dan berkualiti
  • Pembangunan Pasaran  Memperluas dan mengukuhkan rangkaian pemasaran serta pembekal perkhidmatan bersepadu yang berwibawa di dalam dan luar negara

ANUGERAH YANG DIPEROLEHI

  • Halal Award
  • MAS OUTSTANDING ACHIEVEMENT AWARD 2009 DIAMOND WILAYAH UTARA/WILAYAH TENGAH/WILAYAH SELATAN/WILAYAH SARAWAK
  • MALAYSIAN HALAL EXCELLENCE AWARD 2009 BEST HALAL TOUR OPERATOR BY IISHAL
  • THE HALAL JOURNAL AWARD 2007 TRAVEL & HOSPITALITY
  • Persijilan MS ISO 9001 : 2008 pada 17 Oktober 2003 dan diperbaharui setiap 3 tahun sehingga 16 Oktober 2012

PROGRAM KEMASYARAKATAN KORPORAT

THTS tidak terkecuali melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat antaranya :

  • Sumbangan zakat kepada golongan yang memerlukan
  • Sumbangan kepada Encik Hairuman Miskon Mangsa renjatan elektrik
  • Sumbangan untuk rumah-rumah anak yatim

JAMINAN PERKHIDMATAN

Melalui konsep 3 K iaitu Keyakinan Kemudahan dan Keselesaan diadun dengan pengalaman melebihi 30 tahun THTS terus komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan

TAG LINE

Inspirasi Anda Sedunia . . . menjadi keutamaan seluruh warga THTS untuk mempamerkan perkhidmatan berkualiti yang memenuhi keperluan pelanggan dari semasa ke semasa.


Artikel Oleh : http://www.come2kelantan.my

Sumber : http://www.come2kelantan.my/place/th-travel-services-sdn-bhd/

Tarikh : 16 Disember 2011

Tawaran & Diskaun
Sila gunakan pelayar Google Chrome untuk paparan laman sesawang yang lebih baik.