Home > Bimbingan

Bimbingan

Mutiara Kata

Pengertian Haji

Haji dari segi bahasa bermaksud mengunjungi.

Manakala dari segi istilah pula bermaksud mengunjungi Baitullah Al-Haram di Mekah untuk menunaikan segala perbuatan haji yang telah diperintahkan oleh Allah SWT demi mengharapkan keredhaanNya pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
  • 1.1 HUKUM MENGERJAKAN HAJI

    1.1- Anas R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda

    Ibadat haji merupakan rukun Islam yang kelima. Hukumnya wajib ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan, sekali dalam seumur hidup berdasarkan dalil yang terdapat di dalam Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’ Ummah.

    i) Dalil dari Al-Quran:

    Firman Allah Taala:

    Maksudnya : Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. [Surah Ali-Imran : 197]

    ii) Dalil dari As-Sunnah:

    Sabda Rasulullah SAW.:

    Maksudnya : Islam dibina di atas lima perkara, Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, Mendirikan solat, Menunaikan zakat, Mengerjakan haji, Berpuasa di bulan Ramadhan.

    Ibadat haji hanya difardhukan sekali sahaja seumur hidup bagi setiap muslim. Sebagaimana jawapan Rasulullah SAW. kepada Al-Aqra’ bin Habas apabila ditanya adakah haji itu setiap tahun atau hanya sekali sahaja? Lalu baginda menjawab : hanya sekali sahaja, dan barangsiapa yang menambahnya, maka itu menjadi sunat.

  • 1.2 3 JENIS HAJI

    Haji Ifrad – iaitu berniat haji sahaja pada bulan-bulan haji dengan niat Ihram haji dan melaksanakan semua amal ibadat yang berkaitan haji. Umrah pula dilakukan setelah selesai melaksanakan haji.

    Haji Tamattu - Mengerjakan haji secara Tamattu’ bermaksud berniat umrah pada bulan haji dan menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dengan umrah. Apabila tiba waktu haji pada tahun yang sama ia akan berihram haji pula dan menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dengan haji.

    Haji Qiran – Iaitu berniat haji dan umrah serentak pada bulan haji, kemudian menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dengan haji. Umrah pula dikira telah selesai apabila selesai menunaikan haji. Haji Qiran juga boleh berlaku kepada orang yang berniat umrah dalam bulan haji tetapi sebelum memulakan tawaf, ia berniat menunaikan haji.

Ibadah Umrah

Pada bahasa : Ziarah.

Pada istilah : Menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu mengikut syarat-syarat tertentu.
  • 2.1 HUKUM MENGERJAKAN UMRAH

    Hukum mengerjakan umrah adalah seperti hukum mengerjakan haji sebagaimana

    Firman Allah Taala:

    Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.

    [Surah Al-Baqarah : 196]

Pelancongan dari Pandangan Islam

  • 3.1 Pandangan Islam:

    Kenapa perlu melancong – Islam adalah agama dan cara hidup terbaik yang ada di dalam dunia ini. Islam sangat menitikberatkan ilmu dan pengetahuan. Salah satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan ialah dengan keluar dari tempat tinggal kita untuk berjalan dan melancong ke tempat lain.

    Sesuai dengan ayat Al Quran Surah Al Imran iaitu:

    Maksudnya: Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap, oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul–rasul) ayat 137.

Share/Save/Bookmark  Free Joomla Plugin Courtesy of Tony's Toolshed
 

 

HARI

 

JAM

 

min



PERTANYAAN