Polisi Perlindungan Data Peribadi
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (UNTUK PELANGGAN SAHAJA)
TH Travel and Services Sdn Bhd (“THTS”) menghormati dan adalah komited dalam melindungi data peribadi anda. Notis ini menggariskan cara THTS mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan data peribadi anda berhubung dengan transaksi komersial serta cara THTS melindungi data peribadi anda.
Terma-terma yang terdapat di dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) seperti “data peribadi”, “pemprosesan”, “transaksi komersial”, dan juga “orang yang berkaitan” membawa makna yang sama sepertimana yang dinyatakan di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi, 2010 (“Akta”). Untuk tujuan Notis ini, ungkapan “THTS” atau “kami” adalah merujuk kepada THTS termasuk mana-mana pejabat cawangannya di Malaysia dan negara lain (atau dalam konteks yang diperlukan, salah satu daripadanya), manakala ungkapan “anda” adalah merujuk dan merangkumi pelanggan, bakal pelanggan atau Pihak-Pihak Ketiga seperti yang diertikan dibawah (atau dalam konteks yang diperlukan, salah satu daripadanya) yang berkaitan dengan pelanggan atau bakal pelanggan yang menerima dan/atau mendapatkan produk dan/atau perkhidmatan dari THTS.
JENIS-JENIS DAN SUMBER DATA PERIBADI DAN KEBENARAN PEMPROSESAN
Data peribadi yang diberikan secara sukarela oleh anda di dalam borang-borang kami, perjanjian, laman sesawang dan/atau lain-lain dokumen yang sehubungan dengannya mungkin mengandungi maklumat termasuklah tetapi tidak terhad kepada nama anda, gelaran, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/nombor pasport, nama dan maklumat majikan/syarikat, alamat rumah dan/atau pejabat, nombor telefon (seperti nombor telefon bimbit, telefon pejabat dan/atau telefon rumah), nombor faksimili, alamat e-mel, pekerjaan, umur, jantina, status hubungan/perkahwinan, bangsa, kewarganegaraan, agama, maklumat mengenai tanggungan (seperti hubungan mereka dengan anda, nama, alamat dan nombor telefon, nombor kad pengenalan/nombor pasport, tarikh lahir, umur, jantina), maklumat kesihatan peribadi (termasuk sejarah dan maklumat perubatan) dan imej (seperti gambar foto) (secara kolektifnya “Data Peribadi”). Dengan memberikan Data Peribadi anda secara sukarela, anda memberi kebenaran untuk kami mengumpul, menggunakan dan memproses Data Peribadi anda.
Anda dengan ini mengakui bahawa Data Peribadi yang diberikan oleh anda atau diperolehi oleh kami daripada Lembaga Tabung Haji (termasuk mana-mana pejabat cawangannya di mana-mana negeri atau daerah di Malaysia) atau daripada mana-mana jabatan atau agensi kerajaan yang berkenaan (seperti Jabatan Insolvensi Malaysia) adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini dan Data Peribadi tersebut adalah perlu bagi kami untuk kami memberikan perkhidmatan kepada anda dan untuk mewujudkan transaksi komersial diantara anda dan kami. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi tersebut ataupun sekiranya Data Peribadi tersebut adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan dan/atau tidak terkini, THTS mungkin tidak dapat memberikan kepada anda sama ada (i) perkhidmatan yang dikehendaki, atau (ii) tahap perkhidmatan yang dikehendaki.
Data Peribadi yang diproses oleh kami mungkin akan termasuk Data Peribadi pihak ketiga (seperti orang yang berkaitan, tanggungan dan/atau waris terdekat) (“Pihak-Pihak Ketiga”) yang diberikan oleh anda kepada kami. Notis ini adalah terpakai kepada Pihak-Pihak Ketiga tersebut dan anda dengan ini mengaku dan menjamin kepada THTS bahawa (i) Pihak-Pihak Ketiga tersebut telah memberikan kebenaran, atau (ii) anda mempunyai kuasa atau telah diberikan kuasa untuk bertindak dan memberikan kebenaran bagi Pihak-Pihak Ketiga tersebut, untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada THTS bagi tujuan pemprosesan dan pendedahan sepertimana yang dinyatakan dalam Notis ini dan anda mengakujanji untuk memberikan salinan Notis ini kepada mereka. Pemberian Notis ini kepada anda adalah dianggap sebagai notis yang diberikan kepada, dan kebenaran telah diperolehi daripada, Pihak-Pihak Ketiga yang tersebut.
Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan Data Peribadi anda (termasuk Data Perbadi Pihak-Pihak Ketiga), atau menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan THTS memproses Data Peribadi tersebut. Walau bagaimanapun, kegagalan memberikan Data Peribadi tersebut atau tindakan anda menarik balik persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi yang diberikan mungkin mengakibatkan THTS tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda (i) sama sekali jika Data Peribadi tersebut wajib diberikan, atau (ii) secara berkesan dan berterusan bagi apa-apa Data Peribadi yang tidak wajib diberikan. Perkara diatas akan juga terpakai berkaitan Data Peribadi Pihak-Pihak Ketiga.
TUJUAN PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI
Kami akan memproses Data Peribadi yang berkaitan dengan transaksi komersial bagi tujuan-tujuan yang berikut:
Sekiranya ada tujuan pemprosesan Data Peribadi anda selain daripada tujuan-tujuan yang dinyatakan diatas, kami akan memaklumkan kepada anda dan mendapatkan persetujuan anda secara bertulis terlebih dahulu sebelum pemprosesan tersebut dilakukan.
PENDEDAHAN DATA PERIBADI (DI DALAM DAN/ATAU DI LUAR MALAYSIA)
Data Peribadi anda adalah dirahsiakan. Akan tetapi, untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang anda perlukan, Data Peribadi anda akan didedahkan atau mungkin akan didedahkan kepada pihak-pihak yang tertentu. Anda dengan ini memberi kebenaran dan kuasa kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak seperti yang berikut (dalam dan/atau di luar Malaysia) kepada:
Sekiranya terdapat pihak-pihak ketiga yang lain selain daripada pihak-pihak yang dinyatakan diatas bagi tujuan pendedahan Data Peribadi anda, kami akan memaklumkan kepada anda tentang tujuan pendedahan dan kepada siapa Data Peribadi anda akan didedahkan, dan mendapatkan persetujuan anda secara bertulis terlebih dahulu sebelum apa-apa pendedahan dilakukan.
Sekiranya Data Peribadi anda dipindahkan kepada mana-mana tempat di luar Malaysia, kami akan memastikan bahawa Data Peribadi anda akan diproses mengikut peruntukan-peruntukan Akta dan undang-undang perlindungan data peribadi yang berkuatkuasa di negara dimana Data Peribadi anda dipindahkan jika ada. Sekiranya tiada undang-undang perlindungan data peribadi yang berkuatkuasa di negara dimana Data Peribadi anda dipindahkan atau undang-undang perlindungan data peribadi yang ada di negara tersebut memberikan perlindungan yang kurang berbanding perlindungan yang diberikan dibawah Akta, kami akan memastikan bahawa Data Peribadi anda tidak akan diproses dengan cara yang melanggar peruntukan-peruntukan Akta.
PENYIMPANAN DATA PERIBADI
Kami hanya akan menyimpan Data Peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman mengikut polisi penyimpanan data peribadi kami. Selepas itu, kami akan memusnahkan atau menghapuskan terus Data Peribadi anda.
HAK AKSES DAN/ATAU MEMBETULKAN DATA PERIBADI
Anda berhak untuk:
Sekiranya anda ingin meminta akses atau membuat pembetulan ke atas Data Peribadi anda atau menghadkan Data Peribadi anda dari diproses, segala pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan pada:
Pegawai Perlindungan Data Peribadi
TH Travel and Services Sdn Bhd
Level 24, Menara TH Selborn, 153 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
Tel: 603 26880000 / 26880012 Fax: 603 26810814
E-mel: najmuddin@thts.com.my
Anda dikehendaki membuat sebarang permintaan di dalam bentuk tulisan atas sebab-sebab keselamatan dan bagi tujuan pengesahan. Selaras dengan Akta, kami akan mengenakan fi seperti yang ditetapkan di dalam Akta, terhadap sebarang permintaan mengakses Data Peribadi yang diminta oleh anda seperti yang berikut:
Butiran | Perihalan | Fi Maksimum (RM) |
---|---|---|
1 | Permintaan untuk mengakses Data Peribadi anda dengan salinan | 10 |
2 | Permintaan untuk mengakses Data Peribadi anda tanpa salinan | 2 |
3 | Permintaan untuk mengakses Data Peribadi Sensitif dengan salinan | 30 |
4 | Permintaan untuk mengakses Data Peribadi Sensitif tanpa salinan | 5 |
Sekiranya kami menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat pembetulan pada Data Peribadi anda, sebab-sebab penolakan permohonan akan diberitahu kepada anda.
PERUBAHAN PADA DATA PERIBADI
Kami adalah diwajibkan dibawah Akta untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda adalah tepat, lengkap dan terkini. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Data Peribadi anda, anda perlu menghubungi kami secara terus melalui butiran untuk dihubungi yang dinyatakan di atas.
PENGUBAHSUAIAN PADA NOTIS
Kami akan menyemak dan mengemaskini Notis ini dari semasa ke semasa, berdasarkan perubahan yang dilakukan di dalam Akta. Versi Notis yang paling baharu akan disediakan kepada anda sekiranya anda membuat permintaan di alamat yang dinyatakan di atas atau ianya juga boleh didapati di laman sesawang kami iaitu www.thts.com.my. Penerimaan dan/atau pemerolehan perkhidmatan-perkhidmatan daripada kami oleh anda dan/atau penggunaan laman sesawang kami oleh anda secara berterusan selepas apa-apa pengubahsuaian atau pengubahan pada Notis ini adalah menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian atau pengubahan pada Notis ini.
KONFLIK
Sekiranya ada ketaktekalan di antara Notis versi Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Malaysia, Notis versi Bahasa Inggeris akan terpakai dan mengatasi Notis versi Bahasa Malaysia.